Aplikasi Mudah Alih Beli Dan Jual Emas Melalui HelloGold

Aplikasi Mudah Alih Beli Dan Jual Emas Melalui HelloGold|TAHUKAH anda aktiviti pembelian dan penjualan emas kebiasaannya harus melalui orang tengah, dan kadang-kala, emas yang dibeli dan dijual ini tidak semestinya dipegang oleh syarikat yang anda beli. Kini, terdapat cara yang lebih mudah untuk anda membeli dan menjual emas tanpa perlu membazir terlalu banyak masa, dan juga memerlukan kos yang sangat rendah.

                Aplikasi Mudah Alih Beli Dan Jual Emas Melalui HelloGold

Apa itu HelloGold? HelloGold merupakan sebuah aplikasi mudah alih untuk peranti Android dan iOS yang membolehkan anda membeli dan menjual emas dengan mudah, murah dan cepat. Pengguna boleh membeli emas pada harga semurah RM1, dan emas tersebut akan disimpan di dalam sebuah peti keselamatan di Singapura, ataupun anda boleh meminta untuk emas tersebut dihantar ke alamat pilihan anda.

Pihak HelloGold juga berkata bahawa perniagaan emas yang dilakukan oleh syarikat tersebut mematuhi undang-undang Syariah, kerana mereka hanya akan menjual emas yang dipegangi oleh syarikat tersebut. Melalui aplikasi ini juga, pengguna boleh melihat perubahan harga emas secara langsung, dan memilih bila anda mahu membeli dan menjual emas anda.

               Aplikasi Mudah Alih Beli Dan Jual Emas Melalui HelloGold

Pendaftaran untuk akaun HelloGold adalah percuma, tetapi pihak HelloGold akan mengambil keuntungan dua peratus dari setiap transaksi pembelian dan penjualan, dan dua peratus dari jumlah emas anda miliki setiap tahun.

Semoga bermanfaat!

Subscribe to receive free email updates: