Dekoder diperlukan di rumah anda untuk menukar signal digital tersebut ke TV anda sama seperti Astro yang juga memerlukan dekoder. Disini saya akan kongsikan panduan pemasangan dekoder MYTV dengan mudah.
Panduan Pemasangan Dekoder MYTV Dengan Mudah
Berikut adalah dikongsikan panduan memasang dekoder MYTV dengan mudah:
1. Pertama kali, anda perlu mempunyai Dekoder MYTV bertanda DVB T2
2. Perlu ada antena digital jenis tulang 14E atau 5E atau yang sesuai
3. Kemudian, pasang antena dan arahkan ke arah pemancar mytv terdekat. Sambung kan kabel putih dari antena ke dekoder dvb t2
4. Pasang juga kabel HDMI dari dekoder dvb t2 ke TV LCD atau jenis biasa
5. Apabila semua sedia 'ON' suis dekoder. Pastikan guna remote dan tekan pilihan 'Menu'.
6. Setkan CH45 untuk MYTV Malaysia atau 666mhz
7. Jangan lupa adjust antena supaya signal quality mencapai kualiti gambar terbaik sehingga 100%. Jika tak dapat 85%, signal kawasan anda belum baik lagi atau terhalang.
8. Selepas anda dapat signal keluar menu di remote dan terus anda boleh menonton MYTV.
Semoga bermanfaat kepada pengguna dekoder MYTV!