Resepi Blueberry Cheese Tart Yang Mudah
Bahan-bahan:
170gm marjerin
50gm gula aising
1 biji telur Gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla
Cara Membuat Blueberry Cheese Tart:
1. Pertama kali, anda perlu pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu.
2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi sekali dengan senduk kayu.
3. Kemudian, masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh yang lembut.
4. Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.
5. Selepas itu, bakar pada suhu 170 °C atau sehingga ia benar-benar masak.
Selamat mencuba!