Dengan ada kemudahan ini, kakitangan awam boleh menyemak jumlah gaji yang diperolehi pada bulan semasa lebih awal daripada gaji dimasukkan ke dalam akaun. Oleh yang demikian, kita dapat membuat perancangan kewangan dengan lebih awal sebelum tarikh pembayaran gaji penjawat awam.
Semakan e-Penyata Gaji Untuk Penjawat Awam
Berikut dikongsikan cara menyemak slip gaji/e-penyata gaji secara online:
1. Sila layari portal rasmi Jabatan Akauntan Negara Malaysia (ANM) di pautan berikut:
http://www.anm.gov.my/
2. Klik pada pautan 'Sistem e-Penyata Gaji dan Laporan' dan akan dibawa ke halaman daftar masuk
3. Bagi anda pengguna baru anda perlu mendaftar terlebih dahulu melalui pautan 'Pertama Kali Mendaftar'
4. Setelah selesai mendaftar, anda boleh login dengan mengisi maklumat seperti No. Kad Pengenalan, No. Gaji, Kata Laluan dan Soalan Keselamatan.
Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan boleh menghubungi pihak Jabatan Akauntan Negara melalui email di alamat maklumbalas@anm.gov.my ataupun dengan menelefon 03-88821000.
Semoga artikel ini dapat membantu semua kakitangan awam!