Patutkah Sambung Belajar atau Tak!

Patutkah Sambung Belajar atau Tak!|BARU-baru aku mendapat tawaran untuk kemasukan ke Universiti Teknikal Malaysia, Melaka (UTEM) dalam bidang Sarjana Muda Kejuruteraan Pembuatan untuk kemasukan bulan September ini. Tak lama dah! Tapi keadaan ini telah menyukarkan aku berfikir berhari-hari samada hendak sambung belajar atau tak. Nampaknya masih 50/50!

Patutkah Sambung Belajar atau Tak!

Sebenarnya sebelum aku apply sambung degree memang aku ada pasang niat nak sambung belajar. Sebab waktu diusia muda ni, mesti kita ada semangat nak belajar yang tinggi. Hakikatnya apa yang aku inginkan untuk sambung belajar tidak mengenai jurusan yang aku minta. Lain yang dimohon lain pulak dapat. Kecewa betol!

Aku sebenarnya memang minat satu kos ni masa aku apply haritu iaitu Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Automotif. Sebab memang mengena dengan jurusan yang aku ambik semasa diploma dahulu iaitu kos kejuruteraan mekanikal (automotif).

Memang minat aku terhadap bidang automotif memang tidak dapat dipisahkan. Sebabnya aku ada cita-cita sendiri ingin menjadi mekanik bengkel ataupun jadi pengurus bengkel suatu hari nanti.

Tinggal beberapa hari saja lagi, tarikh pengesahan kemasukan UTEM akan ditutup. Masih keadaan dilema nak sambung atau tak! Harap-harap keputusan aku buat ini adalah keputusan yang tepat dan kalau tiada halangan aku akan apply lain untuk next year.

Subscribe to receive free email updates: