Maaf, dah lama kesenyapan..

`Lama menyepi`
 

Assalamualaikum warahmatullah.

Alhamdulillah thumma innal hamdalillah. Puji dan syukur kepada-Nya kerana masih lagi mentaqdirkan untuk saya menulis di ruangan ini, dan bertemu dengan sahabat-sahabat yang amat dikasihi. Semuanya sentiasa dalam ingatan dan doa tulus.

Agak lama juga saya menyepi. ‘Berkurun’ tidak menulis sesuatu di halaman ini. Sedangkan disinilah dulu amat rancak saya berkongsi apa sahaja bersama sahabat-sahabat. Pengalaman, kenangan, pengetahuan dan sebagainya yang dikongsi untuk tatapan sahabat-sahabat.

Doakan agara saya dapat kembali berkongsi. Kendati saya tidak mampu menebak, dapatkah bertahan untuk kembali menuang tulisan seperti dulu-dulu. Kepada DIA dikembali semua urusan.

Bila dah lama tak menulis, jiwa jadi kaku tatkala nak memulakannya, biarpun idea dan plot sudah ada. Tak apalah, santai-santai sahaja, kayuh perlahan-lahan.

Allahu al-Musta`an.     

Subscribe to receive free email updates: