![]() |
| foto hiasan ~ sumber |
Kadang-kadang dunia terasa sempit. Masalah datang bertimpa-timpa, seolah-olah seluruh langit runtuh di atas pundak kita. Dalam saat begitu, jiwa mudah berbisik, “Wahai Tuhan.. betapa besarnya masalah yang aku tanggung.”
Tetapi cuba tukarkan bisikan itu. Hadapkan diri kepada ujian dengan hati yang lebih gagah: “Wahai masalah, aku punya Tuhan yang Maha Besar.”
Di situ, langkah kita menjadi lebih ringan. Di situ, kita ingat bahawa setiap kesulitan tidak datang untuk menenggelamkan, tetapi untuk mendekatkan.
Dan di situ jugalah kita sedar bahawa kekuatan sebenar bukan terletak pada besar atau kecilnya ujian, tetapi pada sejauh mana kita kembali kepada Dia.
Teruskan melangkah, walau perlahan, kerana Tuhan yang Maha Besar sedang 'memegang tanganmu'.
Allahu al-Musta`an..
