Pagi ini sempat brisk walk di Tasik Pelindung. Dapat dua pusingan, lebih kurang 5 kilometer, diselang-seli dengan larian perlahan. Biasanya kalau tenaga masih ada, empat atau lima pusingan saya cuba habiskan.
Tapi bila usia makin meningkat, kenalah belajar berpada-pada juga.. he he. Tak perlu mengejar angka sangat. Yang penting badan bergerak dan kita masih mampu melangkah.
Cuaca pagi ini cerah. Jam baru sekitar 8 pagi, bahangnya sudah terasa perit. Penangan El Niño agaknya.
Apa pun, selagi kudrat masih ada, saya cuba kekal konsisten bersenam. Kalau balik awal dari tempat kerja, petang-petang kayuh basikal pula.
Terfikir juga hendak cuba mengayuh selepas Isyak. Tak perlu jauh. Tiga atau empat kilometer pun sudah memadai.
Begitulah.. bila usia semakin bertambah, kita bukan lagi berlumba dengan sesiapa. Cukuplah berlumba dengan diri sendiri, supaya esok masih mampu melakukan apa yang hari ini kita mampu lakukan.
Dua pusingan pun cukuplah. Yang penting, terus bergerak. 😊

